Carilah Allah.

“Kita selalu merasa yang kita akan bahagia apabila kita dapat hidup bersama orang yang kita sayang dan menyayangi kita..

Namun kita terlupa, yang memberi bahagia itu adalah Allah..

Maka, carilah Allah..
Sentiasalah bersama Allah..
In shaa Allah pasti kita akan bahagia selama-lamanya..”

Advertisements

Anak yatim.

AMAN PALESTIN | KAFALAH

Ingin Menjadi Teman Rapat Rasulullah SAW di Syurga???

🍃 Rasulullah SAW bersabda:
Aku dan orang yang memelihara anak yatim di dalam SYURGA adalah seperti ini – sambil Baginda menunjuk dengan kedua-dua jari telunjuk dan jari tengah (yang dirapatkannya, sebagai isyarat rapatnya mereka dan duduk bersama-sama Nabi di dalam syurga) .”
(HR Bukhari)

🍃 Rasulullah SAW juga bersabda:
Sesiapa yang menanggung makan minum seorang anak yatim Muslim sehingga cukup keperluannya, maka wajib baginya syurga .”
(HR al-Tabarani)

= = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = =

▪ Hayah Ahmad Abu Ermah, lahir pada hari ayahnya syahid akibat serangan kejam Zionis Yahudi pada 31 Oktober 2017😭😭

▪ Beliau menjadi anak yatim, tanpa sempat bertemu ayahnya yang merupakan seorang pejuang.

▪ Hayah dan ramai lagi anak-anak kecil di Palestin hidup tanpa kasih sayang, tanpa pembelaan dan kekurangan segala keperluan hidup 😔😔

▪ Kini terdapat 150 anak yatim seperti Hayah di bawah kendalian Aman Palestin yang masih memerlukan tajaan dan bantuan dari anda semua umat Islam. Sanggupkah kita membiarkan mereka terus hidup dalam penderitaan?

= = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = =

Ayuh rebut peluang menjadi pembela mereka ‼️

Ayuh rebut peluang menjadi teman rapat Rasulullah SAW di SYURGA kelak ‼️

Bantuan anda semua sangat diperlukan. Kami yakin jika setiap penerima mesej ini menyebarkan kepada 10 orang yang lain, pastinya setiap 150 akan mendapat penaja dan terbela nasib mereka‼️

Sertai bantuan Kafalah Anak Yatim Palestin untuk meringankan beban kehidupan mereka melalui pakej berikut:

1️⃣ RM 180 sebulan (tajaan individu)

2️⃣ RM 60 sebulan (tajaan berkumpulan seramai 3 orang, RM60 x 3 penaja)

Tajaan adalah untuk tempoh minumum setahun

= = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = =

Berminat untuk menyertai?

📱 Hubungi segera Cik Futri di talian +6016 2245867 untuk maklumat lanjut

Atau

Klik link berikut 👇🏻 untuk penyertaan Tajaan Anak Yatim
kafalahanakyatimap.wasap.my
kafalahanakyatimap.wasap.my

✨Dapatkan pahala percuma dengan menyebarkan mesej ini kepada semua kenalan anda.

🍃 Rasulullah SAW bersabda:
Barangsiapa yang menunjuki kepada kebaikan maka dia akan mendapatkan pahala seperti pahala orang yang mengerjakannya
(HR Muslim)

#1

Michael Hart, pengarang buku “100 Manusia Paling Berpengaruh”,telah mengambil masa 28 tahun untuk disiapkan.
Beliau menyenaraikan Nabi Muhammad SAW Nombor 1 dalam senarai tersebut.
Ketika beliau sedang memberi kuliah di London, beliau disorak dan diganggu. Orang ramai telah mempertikaikan mengapa beliau meletakkan Nabi Muhammad sebagai Nombor 1?
Beliau telah berkata:
“Nabi Muhammad telah berdiri di tengah kota Mekah pada tahun 611 dan telah berkata kepada manusia ketika itu: ” Aku adalah Pesuruh Allah”
Empat orang telah beriman kepada baginda; SAHABAT KARIBNYA, ISTERI baginda dan DUA orang kanak-kanak!
Sekarang, walau setelah 1400 tahun, bilangan orang-orang Islam telah melebihi 1000 juta dan masih terus bertambah. Mustahil baginda adalah seorang pembohong, kerana pembohongan tidak akan bertahan sehingga 1400 tahun! Begitu juga tidak mungkin anda boleh membohongi 1000 juta orang!

Satu perkara yang perlu direnungkan ialah walau selepas sekian lama, jutaan orang-orang Islam tidak akan teragak-agak untuk mengorbankan nyawa mereka untuk hanya satu perkataan yang akan menyakiti Nabi mereka”.

“Adakah seorang pun dari kalangan orang-orang Kristian yang sanggup bertindak sebegitu untuk Jesus?”

Selepas itu,seluruh auditorium diam terpaku!

Sekiranya anda mengasihi Nabi Muhammad SAW, kirimkanlah hal ini kepada seluruh kenalan dan kawan-kawanmu yg beragama Islam, sekiranya setiap orang Islam menyebut ; Astaghfirullah wa atubu ilaih,; Astaghfirullah wa atubu ilaih; sekarang dan seterusnya, dalam hanya beberapa saat ribuan juta orang akan menyebutnya dan ia akan meredakan kemurkaan Allah. Kamu tidak akan rugi maka sebarkanlah…Demi Allah saya akan menyebarkannya walaupun saya sedang sibuk.

Jemaah tabligh.

ZIONIS‼‼‼ HORMATI JEMAAH TABLIGH
🌺💖🌹

Pada tahun 2003, sekumpulan jemaah
MALAYSIA telah keluar ke India dan telah berjumpa dengan jemaah berbangsa Arab dari Israel.

Satu soalan yg ditanya jemaah Malaysia, bagaimanakah usaha dakwah dan tabligh boleh berlangsung di dalam Israel secara Madaniyyah (terbuka) dan terdapat 4 markas tabligh di sana sedangkan orang Arab di Palestin diancam dan diseksa teruk oleh orang Israel sementara di Palestin terdapat 5 markas.

Kata mereka;
‘Orang Yahudi adalah pakar di dalam soal kitab samawi termasuk Al-Quran dan Al-hadith Nabi.

Mereka tahu yang mana benar dan yang mana salah dan mereka tahu usaha agama yang mana mendapat bantuan Allah SWT yang ghaib dan yang tidak memperolehinya.

Maka mereka tidak berani mengganggu orang-orang yang membuat usaha dakwah dan tabligh kerana dengan mengganggu orang-orang ini bermakna menarik azab Allah SWT dan balaNya ke atas mereka sendiri, sebab itulah mereka dibiarkan bebas.

Sedangkan pergerakan lain yang radikal dibanteras dan diseksa habis-habisan kerana mereka tahu cara mereka salah dan tiada bantuan Allah SWT bersama mereka itu”

KISAH 2:

Satu ketika, beberapa rakan seusaha sedang menjalani usaha jaulah/ghast/ziarah, mereka telah ditahan oleh tentera Yahudi untuk meneruskan perjalanan mereka, tetapi mereka berpendirian tetap dan tekad untuk terus pergi.

Akhirnya seperti biasa dengan sifat zalim Yahudi, tentera itu telah menujukan senapang mesin mereka ke arah jemaah tetapi peluru tidak keluar setelah dipetik tetapi apabila dihalakan ke atas, peluru boleh keluar tetapi apabila dihala kearah jemaah peluru tidak keluar, bila dihala ke arah lain peluru keluar.

Peristiwa itu telah dibawa ke pihak atasan Israel dan mereka telah faham golongan ini adalah golongan haq, mereka mengeluarkan arahan supaya jemaah Tabligh tidak dihalang lagi.

KISAH 3:
-Karkuzari dari jemaah Palestin yang keluar 1 bulan di Malaysia. mereka datang tempat saya di Ipoh, Taman Meru.

Mereka ni tinggal dalam kawasan Hebron, iaitu betul2 dalam tembok.

Ada sorang tu, belakang rumah dia, memang pintu dapur mengadap tembok.

Mengikut mereka, walaupun mereka duduk dalam kepongan Yahudi tetapi bagi umat Islam yang benar2 amal agama, dan beriman dengan penuh yakin, serta ada buat usaha iman, hanya Allah tempat mereka berserah.

Masturat2 yang usaha atas iman dan amal serta tutup aurat yang sempurna, bila nak di buat inspection, makanya, tentera Yahudi lelaki ni, jangan kata nak periksa masturat2 tu, pandang pun taknak.
Sebaliknya, mereka suruh tentera perempuan mereka yang buat pemeriksaan.

Allah pelihara masturat2 yang tutup aurat yang sempurna dan beriman amal ikut cara nabi s.a.w, eventhough mereka berada dalam kepungan musuh.

Manakala lelaki yang buat usaha atas iman dan amal pula di sana, Rabbai (pendeta2 Yahudi) ni sendiri akan halang tentera Yahudi dari cuba berbuat sesuatu kepada karkun.

Kiranya, memang tak di sentuh langsung le. jadi, kesemua penyelesaian kesusahan, hanya ada dalam iman dan amal sahaja.

Sampaikanlah berita gembira ini pada masturat2 kawasan puan.

Bergembiralah kerana kita di pilih Allah untuk sama2 buat kerja, dan bagi masturat, sebagai tulang belakang suami yang buat kerja.

KISAH 4:
Ada satu laporan pula apabila satu jemaah telah ditangkap oleh sepasukan tentera Israel di Palestin.
Amir jemaah telah dimasukkan ke dalam bilik pegawai yang bertugas dan ditanya kenapa mereka ke Palestin adakah mahu melawan Israel.

Dengan tenang Amir Jemaah cakap,
‘Tidak, kami tiada apa2. Hanya bawa peralatan tidur dan memasak sahaja, cuma kami ke sini untuk sampaikan kalimah Lailahaillah Muhammadarasullullah..
lalu pegawai Israel itu pun menaip sesuatu dari komputernya lalu menunjukkan skrin komputer tersebut kepada Amir Jemaah.

Pegawai itu bertanya lagi,
“adakah anda mengusahakan 6 point ini?”..

Ia adalah 6 sifat para sahabat yg diusahakan oleh setiap ahli jemaah iaitu;

-kalimah toiyyibah,
solat khusyuk
khuduk,
ilmu n zikir,
iklas niat,
ikram muslimin,
dakwah..

Amir dengan penuh kehairanan berkata;
“ya,kami usahakan atas sifat2 ini tetapi bagaimana kamu tahu?”..

Pegawai itu menjawab;
“kami telah lama mengkaji tentang golongan kamu.
Jika semua umat Islam usahakan apa yang kamu usahakan pasti kami akan binasa”.

Ini hanyalah beberapa karkuzari atau laporan tentang usaha yang dibuat golongan ini.

Ia adalah jalan yang haq dan bukanlah ajaran yang dilabel sesat, bidaah oleh sesetengah masyarakat.

Jika tuan2 masih dlm keraguan ,solatlah istikhorah. Mohonlah petunjuk dari Nya.

Jika ini jalan yang batil, maka musnahkanlah jalan usaha ini.

Jika ianya benar, berdoalah semoga tuan2 juga diberi hidayah oleh ALLAH untuk membuat usaha agama ini.

🌹Aamiin… 🌹
Wallahua’lam bissawab..